5 tips sambut birthday anak


5 Tips Sambut Birthday Anak 


Setiap tahun pasti akan ada satu hari yang sangat special dan istimewa untuk diraikan oleh setiap manusia . Hari tersebut ialah hari jadi . Hari jadi merupakan tarikh dimana kita dilahirkan . Hari jadi juga disebut sebagai hari ulang tahun kelahiran. Pada hari tersebut , kita akan diraikan dan pelbagai ucapan daripada kenalan yang akan kita terima . Hari jadi juga sangat sinonim dengan memotong kek . Bukan itu juga , hari jadi juga akan menjadi hari sambutan atau birthday celebration . Untuk posting kali ini , Ihadiah akan memfokuskan kepada sambutan hari jadi untuk anak. Apa yang pasti , mak dan ayah la orang yang paling teruja untuk membuat persiapan untuk meraikan majlis birthday tersebut .  Di sini , Ihadiah akan kongsikan 5 tips sambut birthday anak


  • Tentukan tempat atau lokasi
Ini merupakan tips pertama yang perlu difikirkan oleh para ibu bapa yang mahu membuat majlis sambutan hari jadi . Tentukan tempat atau lokasi majlis hari jadi tersebut mahu diadakan sama ada di rumah ataupun di event space . Jika buat di rumah , perlu kemas dan bersihkan rumah serta pilih satu sudut ruang untuk meletakkan decorasi ( ruang untuk memotong kek / bergambar ) serta ruang untuk para tetamu berkumpul dan duduk . Sementara jika di event space pula , cari yang tempat yang bersesuaian , keluasan untuk para tetamu yang hadir serta kena dengan bajet . Bajet tak cukup naya pak karim nak bayar sewa event space tu nanti ! 


  • Jumlah tetamu / pax yang akan hadir
Selepas menentukan tempat atau lokasi untuk membuat majlis sambutan hari jadi anak , seterusnya ialah menentukan jumlah tetamu . Disarankan untuk membuat list senarai tetamu yang mahu dijemput untuk ke majlis tersebut. Jumlah ramai atau sedikit juga antara faktor yang penting terutama sekali jika majlis sambutan tersebut untuk anak yang masih kecil . Anak yang masih kecil dalam lingkungan umur ( 1 tahun - 3 tahun ) sangat memerlukan perhatian lebih terutama dari keselesaan mereka . Jika tetamu terlalu ramai juga akan memberi ketidakselesaan pada anak dan nanti anak pula akan meragam dan tak behave . Spoil mood nanti ! Bukan itu sahaja , tak  salah kalau mahu membuat majlis dalam jumlah pax yang kecil (jemputan dari kalangan keluarga dan kenalan rapat sahaja ) . Majlis yang jumlah tetamu nya kecil adalah lebih senang diatur pada hari tersebut . 

Oh ya , jika anak sudah mempunyai kawan - kawan ( anak yang sudah bersekolah ) , ibu bapa digalakkan juga untuk bertanya anak "siapa kawan - kawan yang mahu dijemput" . Jangan ibu bapa overshadow anak pula yer ! Ingat , ini majlis sambutan birthday anak bukan hari jadi mak ayah pula . Jadinya , adalah sangat penting untuk mengira jumlah tetamu yang akan hadir supaya boleh laksanakan tips seterusnya .


  • Waktu  , masa dan tarikh
Selepas menentukan lokasi untuk membuat majlis hari jadi dan mengira jumlah tetamu yang hadir , tips seterusnya ialah menentukan waktu , masa , dan tarikh . Ibu bapa perlu decide ingin membuat majlis hari jadi pada waktu pagi , petang atau malam . Ingat tips nombor 2 , terutama untuk anak yang masih kecil , pemilihan waktu juga memainkan peranan yang penting . Kena juga tahu bila waktu anak aktif dan bila selalunya waktu anak selalu tidur . Nanti kalau dia dah start meragam , habis tak cantik gambar nanti bila potong kek . 

Bagi yang ingin melakukan pada waktu siang diingatkan untuk membuat majlis di tempat yang selesa dan tidak terlalu panas . Jika buat di ruang outdoor , berdoa juga la semoga cuaca elok jika berlaku perubahan cuaca akan menggangu proses kelancaran majlis untuk berlangsung . 

Bukan itu sahaja , ibu bapa juga perlu menentukan sama ada mahu membuat aktiviti tambahan semasa majlis atau pun sekadar tetamu hadir dan makan sert berbual sahaja . Lalu , ini membawa kepada tips yang seterusnya .

  • Makanan
Kalau cerita bab makan ni , memang satu perkara yang sangat wajib dan paling sangat penting. Tak guna decoration dah setup cantik dan mahal akan tetapi makanan yang dihidangkan tidak sedap . Ini adalah kerana makanan merupakan antara elemen yang akan menjadi ingatan para tetamu. Hal ini kerana seperti yang kita tahu , sebenarnya setiap evnt atau majlis yang berlangsung banyak aktiviti makan je berbanding aktiviti lain. hehehe . Jadinya , sila ambil perkara ini sebagai satu yang sangat penting . 

Antara faktor yang lain ialah tentukan sama ada nak guna khidmat katering (upah orang masak) atau masak sendiri jika buat di rumah . Cadangan untuk yang ingin masak sendiri ialah membuat 1 menu berat  , pencuci mulut , kudapan ringan serta air . Contoh untuk menu makanan berat ialah nasi ayam , nasi tomato , nasi briyani , mee goreng , nasi goreng . Untuk kudapan ringan pula ialah seperti nugget , french fries , wedges , karipap , donut , popiah manakala untuk pencuci mulut ialah seperti buah buahan atau brownies , ataupun dessert yang mudah dan simple . Air pula boleh buat dua kategori air panas atau air sejuk ataupun nak lagi mudah buat je macam air balang atau nak lagi mudah boleh je beli air kotak atau pun air tin . 

Apa yang penting ialah jangan terlampau banyak sangat menu makanan sehingga membazir . Decorasi kek pun sekarang ni harga boleh tahan mahak juga . Ini adalah kerana untuk menghasilkan decorasi kek yang cantik mengambil masa yang lama . Jadinya , pilih lah kek dengan bijak okay . Nak paling mudah beli je di kedai kek yang dah memang sediakan kek dan minta untuk tuliskan "Happy Birthday Anakku" . 


  • Goodies atau hadiah
Kebiasaannya , tetamu akan diberikan goodies dan jika membuat aktiviti atau permainan boleh juga mengambil kira untuk menyediakan hadiah . Malah , ada juga yang mengadakan sesi lucky draw . Pemilihan goodies dan hadiah pun antara faktor penting juga yang perlu diambilkira. Jangan pening - pening ! Anda boleh terus melayari di shop at IHadiah now ~ Klik klik je , tunggu barang sampai dan raikan sambutan birthday anak !

Semoga berjaya untuk menyambut birthday anak okay ! Sebarang pertanyaan , ataupun pening pening head nak merancang majlis sambutan tu , takpe  mesej je IHadiah okay .. Nanti kami cuba bantu sebaik mungkin . Jumpa di lain posting ~